top of page

2022: Semangat dan cahaya baru CInfo

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 2 min read

Anda boleh jangkakan pelbagai benda yang berlaku, pada tahun hadapan.

ENGLISH VERSION IS AVAILABLE NEXT

2022, tahun impian kita, iaitu kita doakan COVID-19 hilang, dan juga cahaya baru CInfo.


Kami mulai CInfo pada tahun 2017, sebagai ZakiBerita (20 Jan), sampai sekarang. Dan pada dulunya, kami buat secara Fanmade sahaja, tapi sejak saya tau sebuah pihak berita "unbiased" di Australia, itu yang saya fikirkan dengan CInfo ini, boleh untuk kami maju ke hadapan, bak kata perpatah,

"sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang".

Kami menuji cuba cara "unbiased" pada bulan Julai, dan Alhamdulilah, berjalan seperti biasa. Ujicuba ini bakal berakhir pada Januari - Mac 2022, dan kami bakal mengikut plan kami, iaitu, "Plan Kemajuan CInfo" yang terdapat dalam pelbagai fasa.


Pada Fasa 1, kami bakal melancarkan semula "Editorial Style Guide" bagi menambah tahap kepuasan dan kepercayaan ini. Kami bakal rungkaikan dalam Edisi 1, Januari 2022, dengan hampir 9 muka surat, dan disampaikan melalui slaid atau PDF. Ini bakal berkuatkuasa 1 Januari hadapan, dan yang lepas, dikira "tidak berguna" dalam editorial baru ini.


(btw, ini adalah gambar dari muka surat hadapan)

Selain itu, anda bakal lihat siaran CPrime kami secara seminggu/dua minggu sekali (tertakluk kepada perubahan), dan pada waktu ini, serta banyak interaksi dan post di Blog dan Media Sosial kami. Fasa ini bakal bermula seawal Januari - Mac.


Fasa 2, iaitu "our biggest change ever" bakal bermula Mac - akhir tahun. Anda boleh jangkakan wajah dan nama baru kami, seiring dengan pendaftaran kami ke SSM (dan kemungkinan dengan Jabatan Penerangan). Kami bakal pertingkatkan siaran, posting serta staf kami! (kalau nak join, Contact kami!) Kami bakal melancarkan program baru (jika ya), serta alatan baru, seperti tripod, coat, baju, green screen, lighting, interview microphone, dan lain lagi. Kami juga bakal berbual biacara sama orang tempatan dan lainnya. Kami bakal cuba untuk diviralkan dan dimasuk ke media tempatan. Bukan itu sahaja, pelbagai plan lagi untuk disertakan sekali.


Akhir sekali, harap anda doakan semoga urusan ini bakal dipercepatkan. Dan silakan untuk sokong kami di media sosial, website, Youtube, untuk kami bersemangat dan join team kami melalui DM atau emel! Sekian, selamat tahun baru!

Zaki adalah pengasas, manager, dan ketua anchor bagi CInfo.

Коментарі


bottom of page