CNews Weekly Buletin: 31 October 2021
- Zaki Md Saad
- Jan 22, 2022
- 5 min read
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana bersama kami di CNews Weekly Buletin, dimana kami bakal rangkumi berita-berita yang hangat sepanjang minggu, mari kita mulai.
TAJUK UTAMA:
4,979 kes baru COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.
James Jenut Masing meninggal dunia, kehilangan negarawan perpaduan negara
Bajet 2022: Golongan bujang menerima BKM, RM350 untuk pendapatan di bawah RM2,500
Karen Malaysia: 'Karen' dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan
Pengumuman khas oleh Zaki.
4,979 kes baru COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 pada Ahad mencatatkan penurunan dengan 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,471,642 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,876 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,461,351 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 4 daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.
Sementara itu, terdapat 69,153 kes aktif COVID-19 di seluruh negara yang mana 53,990 individu atau 78.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 9,162 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,431 kes dirawat di hospital dan 570 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 277 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 293 lagi memerlukan mesin ventilator.
"Nak kami terus menyampaikan berita unbias selalu, jangan lupa langgan newsletter emel kami! Dan follow media sosial kami di @cnews_my, mari kita lanjutkan berita pada hari ini."
James Jenut Masing meninggal dunia, kehilangan negarawan perpaduan negara

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
Sejak itu, ramai yang belasungkawa dan mengucapkan selamat takziah, seperti Yang di-Pertuan Agong and Permaisuri Agong:
Sementara itu, Pemimpin PSB (Soon Koh) & masyarakat Dayak sifatkan Masing pemimpin Dayak berkaliber dan lantang:
"Saya dan isteri mengenali Tan Sri James sejak zaman persekolahan lagi dan beliau adalah pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan pemimpin yang berkaliber.
"Ternyata beliau sememangnya layak untuk menjadi ahli politik yang berjaya dan kemuncak kerjayanya dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Kami akan merinduinya dan ucapan takziah kepada isteri serta keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
dan juga ADUN Ba' Kelalan Baru Bian:
"Kami bersama-sama menempuhi pelbagai perjuangan yang mencabar, PBDS menjadi pembangkang pada ketika itu. Walaupun laluan politik kami berbeza selepas itu, kami tetap berkawan dan berbual mesra setiap kali bertemu di DUN.
"Masing menyayangi Sarawak dan rakyat Sarawak. Beliau amat lantang dalam menyuarakan mengenai keperluan program vaksinasi dijalankan dengan segera semasa kemuncak pandemik COVID-19," tambahnya.
Sementara itu, bagi Perdana Menteri dan Muyhiddin, berkata Masing adalah pemimpin berjiwa rakyat, berjiwa besar dan eratkan perpaduan negara:
‘’Jasa bakti beliau kepada negara dan Sarawak adalah tidak terhitung nilainya dan sudah pasti kehilangannya amat dirasai..." kata Muyhiddin
Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.
Masing merupakan veteran politik yang amat disegani.
Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Tan Sri Adenan Satem dan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Selain itu, Masing turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.
Berusia 72 tahun pada 5 Mac lalu, Masing dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 28 September sebelum ditidurkan apabila komplikasi semakin teruk.
Pada minggu lalu, beliau dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.
Sebelum itu, pada 31 Mei, adiknya Jantai Masing juga meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19.
Masing yang merupakan graduan Victoria University, Australia mula terlibat dalam politik pada 1983 apabila menjadi ADUN Baleh atas tiket Parti Bansa Dayak Bersatu.
Sejak itu, beliau bertahan di kerusi tersebut selama sembilan penggal, termasuk tiga penggal atas lambang PRS.
Antara jawatan yang pernah dipegang beliau sebelum ini adalah sebagai Menteri Kemajuan Tanah, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan.
Kami juga mengucapkan selamat takziah kepada mereka.
Bajet 2022: Golongan bujang menerima BKM, RM350 untuk pendapatan di bawah RM2,500

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan seramai 4.8 juta individu bujang merupakan antara 9.6 juta rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan dalam Bajet 2022 Jumaat lepas.
Menerusi satu kenyataan pada Ahad, MOF berkata golongan bujang dengan pendapatan di bawah RM2,500 akan menerima RM350.
Manakala, warga emas bujang atau tiada pasangan dengan pendapatan kurang daripada RM5,000 akan menerima RM600.
Selain itu, isi rumah berpendapatan dari RM2,500 hingga RM5,000 pula akan menerima RM400 bagi yang tiada anak, RM600 bagi isi rumah satu atau dua anak dan RM800 bagi isi rumah dengan tiga atau lebih daripada tiga orang anak.
Menurut kenyataan itu lagi, BKM telah ditambah baik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.
“Berdasarkan cadangan yang diterima dari rakyat melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat, pembaharuan ini termasuk:
Bayaran sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.
Bagi ibu tunggal dalam menyara anak-anaknya; selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan persaraan dan tiada sumber pendapatan tetap, Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
Bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500,” menurut kenyataan tersebut.
Secara keseluruhannya, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion.
Peruntukan tersebut lebih tinggi berbanding peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021 yang memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima.
Karen Malaysia: 'Karen' dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan dua kompaun dengan jumlah keseluruhan RM3,000 kepada seorang wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan selepas dihalang masuk ke sebuah butik di KLCC baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, wanita itu dikompaun pada Ahad atas dua kesalahan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.
“Dua kompaun dikeluarkan ke atas individu terbabit yang mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500.
“Kesalahan pertama ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.
“Manakala kesalahan kedua pula ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Insiden melibatkan wanita tersebut tular di media sosial baru-baru ini dan warganet menggelar wanita itu sebagai ‘Karen’.
Kebanyakannya tidak senang dengan tindakan wanita itu yang tidak memakai pelitup muka dan menimbulkan kekecohan selepas tidak dibenar masuk ke sebuah butik di KLCC.
Bahkan, dua hari selepas insiden itu, wanita tersebut dikesan bertengkar dengan pihak pengawal apabila cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.
Perbuatan wanita tersebut yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri itu berjaya dirakam pengguna akaun Twitter.
Hal itu disahkan menterinya, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter.
“Bila di Rom, buat seperti apa orang Rom buat.
"Apabila berada di Malaysia, sila pakai pelitup muka. Tidak kisahlah undang-undang di tempat lain."
Pengumuman khas oleh Zaki:
Sebelum kami mengakhiri ciapan berita pada hari ini, saya ingin memberitahu sesuatu.
Kami minta maaf jika kami tidak buat podcast CPrime pada waktu ini, dikeranakan saya ada kengkangan masa pada waktu ini, tapi kami mencuba untuk bawakan berita sebaik-baiknya, sebab itulah kami melancarkan Weekly Buletin.
Dan kedua, bagi penonton Indonesia, kami melancarkan eJournal, sebuah pihak berita unbias bahasa ingeris dengan kerjasama CNews dan ElangCorp pada besok, so penonton-penonton indonesia bolehlah follow eJournal. Namun, berita-berita indonesia bakal dipost di sini sehingga bulan Disember nanti, harap anda menyukainya.

Akhir sekali, saya ingin sangat-sangat untuk follow kami di media sosial serta follow newsletter kami, sebab kami ingin memperluaskan platform kami ke TikTok pada bulan hadapan, so stay tuned.
Dan itu sahaja bagi berita pada hari ini, jumpa lagi.
Comments