top of page

Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun yang menyebabkan kematian Zulfarhan

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 1 min read

GAMBAR: BERNAMA


KUALA LUMPUR: Pada hari ini, Makahmah Tinggi dihukumkan 6 penuntut Universtiti Pertahanan Nasional (UPNM) di dalam penjara selama 18 tahun.


Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu bedasarkan hujahan peguam mereka serta kenyataan impak mangsa tersebut oleh keluarga Zulfarhan sendiri.


“Bagi mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan, anda akan menjalani hukuman penjara 18 tahun mulai tarikh tangkapan pada 2017,” katanya. Ini bermaksud mereka bakal masuk ke penjara sehingga 2039.


Terdahulu, makahmah mensabitkan enam penuntut tersebut, iaitu - Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali atas kesalahan membunuh tanpa kesalahan.


Azman turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap 12 lagi pelajar UPNM, yang didapati bersalah menyerang Zulfarhan untuk memaksanya mengaku mencuri komputer riba.


“Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan terhadap 12 tertuduh mengikut Seksyen 330,” katanya.


Tiada penangguhan pelaksanaan diberikan untuk enam lelaki itu.


Terdahulu, semasa mitigasi, peguam utama Amer Hamzah Arshad berkata keenam-enam mereka menyesali perbuatan mereka terhadap Zulfarhan.


“Jika mereka mempunyai kuasa untuk memutarkan masa, mereka akan menggunakannya. Tetapi ia (kematian Zulfarhan) berlaku, dan kini mereka perlu membayar akibatnya.


“Pihak pembelaan menggesa mahkamah untuk meredakan belas kasihan dengan keadilan dalam kes kami dan menjatuhkan hukuman penjara antara 10 dan 12 tahun, dan bagi mereka menjalani hukuman mereka dari tarikh mereka ditangkap pada 2017,” katanya, sambil menambah bahawa enam telah telah ditahan di Sungai Buloh.


Anggota pasukan pertahanan yang lain ialah Ranjit Singh Dhillon, AG Kalidas, Hazizah Kassim, M Ramachelvam, Azizul Shariman Mat Yusoff dan Zamri Idrus.


 
 
 

Commenti


bottom of page