top of page

Exclusive: Rumusan Pembukaan Sekolah bagi Oktober ini (Bahagian 2)

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 2 min read


Sejak semalam kami memberi rumusan pembukaan sekolah pada bulan Oktober nanti. Bagi yang anda belum lagi lihat video Bahagian 1, silakan lihat di bawah:



Hari ini kita akan sambung tentang rumusan pembukaan sekolah tadi.


1. Ada pengecualian dalam giliran ke kelas


Adakah anda masih ingat lagi infografik semalam, namun terdapat pengecualian dalam sistem giliran ke kelas. Pengecualian telah diberi kepada MBK di SMKPK, SMPKV, SKPK dan PPKI. Selain itu, murid tingkatan 6 semester 2 & IBD Tahun 2, murid sekolah asrama sepenuhnya, murid kelas peperiksaan antarabangsa, murid prasekolah, tadika swasta dan PPM (4 -6 tahun), dan SKM (kebawah 150 murid) memberi pengecualian dalam kehadiran tanpa penggiliran.



2. Pembukaan sekolah mengikut fasa-fasa


Yang ini anda harus take note, pembukaan sekoalh mengikut fasa-fasa PPN di negeri, tetapi ia amat lama kami ceritakan, anda boleh lihat di bahagian terakhir rumusan ini nanti di Youtube CNews.


3. Pelanjutan sesi persekolahan sehingga Febuari 2022? Dan apa kata cuti akhir tahun?


Ye, benar anda bacakan, pelanjutan sesi persekolahan bagi tahun 2021, bakal dilanjutkan sehingga Febuari/Mac 2022. Ini adalah pertama kali sesi persekolahan dilanjutkan sehingga tahun seterusnya. Dengan ini juga, cuti akhir tahun bakal dipendekan pada 10/11 Desember sehingga 31 Disember.



4. SOP-SOP bagi kelas dan sekolah


Ini adalah SOP bagi kelas dan sekolah yang sangat unik sekali berbanding tahun lepas, dan biar saya berpecah satu persatu.


a. Susun atur kelas dengan sistem Penggiliran


Makanya jika anda lihat infografik dibawah, kelas harus mematuhi penjarakan sosial semasa waktu penggiliran. Ini adalah contoh Minggu Pertama, yang dihadir oleh kumpulan 1:



Dan ini, pada Minggu Kedua, yang dihadir oleh Kumpulan 2:



Dan benda ini akan ulangalik setiap minggu.


b. Memastikan pengudaraan bersih dan baik dengan membuka kipas dan tingkap.


c. Pemakaian Pelitup Muka diwajibkan di Sekolah, pemakaian berganda digalakkan


d. Makan di dalam kelas, manakala yang ada pengnyamanan udara, makan di luar kelas. Harus ada seliaan guru.


e. Murid tidak dibenarkan ke sekolah jika tidak sihat. Bagi yang bergejala di sekolah, saringan COVID-19 dilakukan segera.


Itu sahaja pada bahagian ini, kita akan jumpa besok, bye.




 
 
 

Comments


bottom of page