top of page

Najib berjaya tangguhkan sabitan hukuman

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 1 min read

Ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Gambar Akrib


Putrajaya: Makamah Rayuan di sini dibenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen BN Pekan, menangguhkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta itu selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram membantah permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dengan berhujah bahawa sabitan tidak boleh ditangguhkan.


Bagaimanapun, peguam Tan Sri Muhammad Shafee berhujah, Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa perintah dan sabitan boleh dirayu, dengan itu boleh ditangguhkan.


Beliau berkata, jika anak guamnya tidak boleh menangguhkan sabitan, ia akan menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen BNnya


Sementara itu, peguam Farhan Read berhujah, Najib tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah dan beliau tidak pernah melanggar syarat jaminan.


Katanya, ia adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.


"Perayu juga dibebani sebagai ahli parlimen, ketua UMNO Pekan. Kalau penangguhan tidak diberikan ia akan menyebabkan beliau terbatal kelayakan jawatan itu.


"Jika didapati tertuduh tidak boleh membayar denda RM210 juta, ini akan menyebabkan beliau boleh dipenjarakan.


"Jika hukuman penjara ditangguhkan dan tidak kepada hukuman denda, dan beliau gagal membayar denda, ia akan menyebabkan beliau akan dipenjarakan juga akhirnya," katanya.


Di luar makamah pula, Penyokong Najib berkumpul di sini untuk memberi sokongan kepadanya pada pagi tadi.


Sumber: KiniTV


LAPORAN SELANJUTNYA TERSEDIA DI EDISI CPRIME PADA AHAD INI, NANTIKAN.

Comentários


bottom of page