PRN Johor: Hasni akan buat sidang media khas esok - Sumber
- Zaki Md Saad
- Jan 22, 2022
- 1 min read
Sumber UMNO kata juga, tidak menolak kemungkinan sidang media khas itu adalah bagi mengumumkan butiran pembubaran DUN Johor.

Johor Bahru - Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dijadualkan akan mengadakan sidang media khas esok, dipercayai berkaitan tentang desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri, sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ketiga sejak Pilihan Raya Umum 2018, kata sumber yang rapat dengan UMNO ketika mengubungi Astro Awani.
Sumber UMNO kata juga, tidak menolak kemungkinan sidang media khas itu adalah bagi mengumumkan butiran pembubaran DUN Johor.
Esok dijangka diadakan mesyuarat khas UMNO Johor bagi membincangkan secara lanjut mengenai PRN negeri terutama pembentangan nama-nama calon.
Sebuah portal berita semalam mendakwa surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat.
Laporan itu yang memetik sumber UMNO turut mendakwa, DUN Johor akan dibubar pada Ahad ini, selepas permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana Johor.
Comments