PRN Melaka: Sulaiman Md Ali rasmi menjadi Ketua Menteri Melaka yang ke-13
- Zaki Md Saad
- Jan 22, 2022
- 1 min read

Sumber: Wee Ka Siong
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali rasmi menjadi Ketua Menteri Melaka yang ke-13, selepas selesai mengangkat sumpah di Istana Negeri Melaka, pada jam 1 pagi tadi.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.
Turut hadir juga ialah, isteri Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abd Rahman, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber: Wee Ka Siong
Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada tahun lepas.

Datuk Sulaiman, iaitu ahli UMNO - BN bagi DUN N02 Lendu dan P134 Masjid Tanah (2013 - ), lahir pada 20 Disember 1965, iaitu sekarang berumur 55 tahun. Sebelumnya, beliau menjawat Timbalan Pengerusi Kewangan, Tanah, Perancang Ekonomi, Pelaburan, Hal Ehwal Agama, Warisan, Belia dan Pelancongan Melaka dari 2013 hingga 2018, Ketua Menteri Melaka ke-12 sebagai penjaga beberapa minggu lepas.
Comments