10 kawasan di Johor Bahru berkemungkinan banjir mulai besok
- Zaki Md Saad
- Jan 22, 2022
- 1 min read
Ini bakal berlaku dikawasan rendah sekitar Sungai Johor, Sungai Skudai, dan Sungai Tebrau.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengenal pasti hampir 10 kawasan hotspot berkemungkinan banjir susulan fenomena Luruan Monsun dijangka bermula esok hingga 3 Januari ini.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Datuk Osman berkata, antara kawasan hotspot ialah:
Kampung Md. Amin
Kampung Pasir
Beberapa buah kampung & kawasan penempatan setinggan sekitar bandar (kawasan rendah) yang berhampiran: Sungai Johor, Sungai Skudai, dan Sungai Tebrau.

Sehubungan dengan itu, MBJB telah melaksanakan pembinaan sistem tebatan banjir di kawasan hotspot banjir kilat, seperti:
Meninggikan tembok parit yang sedia ada
Memasang "flap valve" untuk mengelakkan air masuk atau melimpah ke kawasan hotspot banjir
Membina ban banjir
Menaik taraf kapasiti pam sedia ada di Sungai Chat
Membina sistem pam baru di kawasan Kampung Md Amin dan Kampung Pasir.\
Memasang perangkap sampah
Melancarkan Skuad Kilat, yang merangkumi 8 unit tindakan dari pelbagai jabatan dalaman MBJB membabitkan kira-kira 300 anggota juga bersedia untuk berdepan kemungkinan banjir

Pihak MBJB juga sudah bersedia untuk membuka bilik gerakan 24 jam serta sudah mengenal pasti pusat pemindahan sementara (PPS) di dewan orang ramai di bandar raya ini yang akan dibuka.
“Melihatkan kepada persediaan yang telah dilakukan, kita sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di kawasan bandaraya ini,” kata Datuk Bandar dalam ucapan pelancaran Skuad Kilat di bandar.
Pada hari ini, JPS telah mengumumkan ramalan banjir, yang akan berlaku di beberapa daerah di kebanyakan negeri Johor dan daerah Pahang.
Warga bandar raya Johor Bahru yang mempunyai sebarang aduan kecemasan banjir, boleh hubungi Skuad Kilat MBJB di talian hotline 1300-88-0146, talian am MBJB di 07-2198000 (waktu pejabat), talian Whatsapp di 0197788212 serta aplikasi Rakyat Responz.
Comments