top of page
  • Writer's pictureCInfo

Penduduk Parlimen Pulai Bersedia untuk Pilihanraya Kecil: Calon-Calon Bersaing Memikat Pengundi

Namun, tinjauan terkini oleh CInfo mendapati bahawa kibaran bendera parti politik kurang daripada pilihanraya sebelumnya di beberapa kawasan dalam parlimen Pulai.

Bendera parti Perikatan Nasional berkibar di Lebuhraya Pasir Gudang (kawasan Kempas Denai), sempena PRK Pulai nanti - IMEJ DARI CINFO


Kempas, Johor - Kegiatan berkempen bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai di negeri Johor kini berjalan dengan rancak.


Namun, tinjauan terkini oleh CInfo di kawasan Kempas Denai, yang terletak dalam kawasan Parlimen Pulai, mendapati bahawa kibaran bendera parti politik (PH-BN & PN) kurang daripada pilihanraya sebelumnya, namun kami tidak tahu lagi keadaan kibaran bendera parti di kawasan lain di dalam parlimen Pulai.


CInfo berpendapat bahawa geografi kawasan parlimen Pulai menjadi salah satu punca mengapa bendera dan poster kempen parti politik berkurangan di kawasan tersebut. Meskipun begitu, kempen terus dijalankan dengan hebahan di media sosial dan WhatsApp.


Seorang pembaca CInfo yang merupakan pengundi di Parlimen Pulai telah menghantarkan beberapa pesanan WhatsApp daripada pasukan kempen calon PH, Suhaizan Kayat.


Pesanan Whatsapp yang diterima oleh pembaca CInfo


Dalam pesanannya, beliau menyatakan,

"Sebagai calon perpaduan Pulai, pastinya saya memahami keluh kesah dan denyut nadi warga Pulai dengan 'perpaduan membawa rahmah'. Ini menjadi dokongan saya sepanjang kempen ini, saya bersedia untuk melaksanakan amanah ini dan berkhidmat untuk warga Pulai serta memastikan Pulai terus maju di masa akan datang."

Beliau juga menambah,

"Justeru, dengan rasa rendah dirinya, saya memohon jasa baik warga Parlimen Pulai agar memberi saya peluang untuk berkhidmat bagi warga Pulai pada penggal yang akan datang."

Selain itu, kempen di Media Sosial oleh calon-calon lain juga berjalan dengan rancaknya. Platform-platform media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram menjadi medan penting bagi mencetuskan semangat kempen di kalangan pengundi. Calon-calon ini menggunakan pelbagai strategi untuk mendapatkan sokongan dan menarik perhatian pengundi di Parlimen Pulai.


Tinjauan di Facebook (oleh CInfo)


Para calon kini mengandalkan penggunaan Media Sosial sebagai alat utama untuk menyampaikan mesej dan visi mereka kepada pengundi. Melalui kempen ini, pengundi di Parlimen Pulai dapat membuat pilihan yang bijak dan memberi mandat kepada calon yang dianggap sesuai untuk mewakili mereka di peringkat parlimen.


PRK DUN Simpang Jeram & Parlimen Pulai dijadualkan berlangsung pada tarikh 9 September 2023. Semua calon berhasrat untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka jika diberi peluang untuk mewakili warga Pulai.


Parti manakah yang anda bakal memilih pada pilihanraya PRK ini?

  • PH-BN

  • PN

  • Bebas / Lain-lain

 

Dapatkan perkembangan semasa PRK DUN Simpang Jeram & Parlimen Pulai, terus daripada bilik berita di kawasan Parlimen Pulai, di CInfo.

Get the very latest news during the Simpang Jeram state assembly & Pulai Parliament by-election, directly from the newsroom in the Pulai Parliament constituency, at CInfo.



12 views0 comments
bottom of page