top of page

Ahli Parlimen Austraila berkelahiran Muar berucap dalam bahasa Melayu

  • Writer: CInfo
    CInfo
  • Sep 7, 2022
  • 2 min read

“Terima kasih atas semua dokongan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia. Terima kasih semua,"

Sumber / @TimWattsMP (Twitter)


CANBERRA - Ahli Parlimen Australia kelahiran Muar, Sam Lim menarik perhatian ramai apabila membuat ucapan sulungnya di parlimen negara itu menggunakan bahasa Melayu dan Cina.


Sebelum berucap, Sam, 61, meminta kebenaran Dewan Rakyat Australia berbahasa Melayu dan Mandarin, dua bahasa yang dituturkannya dengan fasih di negara asalnya.


Pembantu Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Tim Watts berkongsi rakaman video ucapan Sam di laman Twitternya.



Dalam ucapannya, Sam mengucapkan terima kasih kepada rakyat Australia dan Malaysia kerana menyokong beliau semasa proses pilihan raya.


“Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelosok dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.

"Terima kasih atas semua dokongan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia. Terima kasih semua," kata Sam.

Sam Lim

Sumber / @SamLimMP (Twitter)


Dua calon Parti Buruh Australia (Australia Labor Party), Sam Lim dan Penny Wong, yang bekelahiran Malaysia, menjadi tumpuan dalam pilihan raya umum Australia, bulan Mei lalu.


Menurut Sinar Harian, Sam Lim dilahirkan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor dan berhijrah ke negara ini pada 2002, manakala Penny Wong, yang dilantik sebagai Menteri Luar, berhijrah ke negara itu dari Kota Kinabalu, Sabah, pada 1976.


Untuk rekod, Sam merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berkhidmat sebagai pegawai polis di negeri Australia Barat (Western Australia).


Adakah anda memuji Sam Lim, atas ucapannya dalam bahasa kebangsaan dan Cina?

  • Ya

  • Biasa-biasa sahaja

  • Tidak

Bantu kami kukuhkan CInfo sebagai pihak berita tidak berat sebelah di Malaysia dengan sertai pasukan kami. DM @centralinfomy atau emel di malaysianewsroom@gmail.com untuk sertai atau follow kami di media sosial di @CentralInfoMY. Help us strengthen CInfo as an unbiased news outlet in Malaysia by joining our team. DM @centralinfomy or email malaysianewsroom@gmail.com to join or follow us on social media at @CentralInfoMY.

Comentarios


bottom of page