top of page
  • Writer's pictureCInfo

Ratu Elizabeth II telah mangkat

Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham.


(Scroll ke bawah untuk perkembangan semasa dan informasi selanjutnya)


PEMERINTAH paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan).


Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham.


Serentak pengumuman ini, bendera di United Kingdom (UK) dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.


Terdahulu, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kesihatan Ratu Elizabeth pada sekitar tengah hari waktu tempatan.


Kenyataan itu menyebut baginda dalam pemantauan kesihatan.


Menyusul kenyataan itu, anggota kerabat diraja, antaranya Putera Charles (kini Raja Charles) dan Puteri Anne, dilapor berangkat ke Istana Balmoral, untuk bersama-sama baginda.


Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.


Ratu Elizabeth adalah ratu pemerintah kepada 15 negara termasuk UK, Australia, Kanada, New Zealand, Jamaica, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, St Kitts dan Nevis, St Lucia, St Vincent dan Grenadines dan Tuvalu. - Astro Awani


 

PERKEMBANGAN SEMASA (LIVE BLOG):

Layari https://www.24liveblog.com/live/U3Y7X untuk paparan yang lebih jelas

 

Laman ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.


bottom of page