Bekas PM Jepun, Shinzo Abe ditembak
- CInfo
- Jul 8, 2022
- 1 min read
Abe, 67 tahun, rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

TOKYO, JEPUN - Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ditembak ketika berucap dalam satu majlis di Nara, Jepun.
Menurut media tempatan di Jepun, Abe, 67, rebah dalam keadaan rebah dalam keadaan berdarah dan dihantar ke hospital berdekatan.
Media melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.
Seorang wartawan stesen penyiaran NHK yang berada di lokasi berkata, mereka mendengar bunyi dua das tembakan berturut-turut ketika Abe sedang berucap.
Menurut Kyodo News, Abe berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami serangan jantung.
Mengesahkan insiden tersebut, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirozaku Matsuno dilaporkan berkata, kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi waktu tempatan.
Katanya, Abe berada di Nara sebagai sebahagian program kempen pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Ahad (10 Julai).
Perkembangan lanjut akan dikongsikan dahulu di Twitter (@CentalInfoMY), dan di media sosial lainnya serta rangkuman di laman web CInfo.
Comments