top of page

COVID-19: Boleh 'walk-in' terima vaksin di PPV terpilih mulai hari ini.

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 1 min read


KUALA LUMPUR - Penduduk di Lembah Klang yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh berbuat demikian apabila kaedah secara jumpa terus atau 'walk-in' akan mula dijalankan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih, bermula Isnin.


Masa jumpa terus bermula pukul 2 petang setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.


Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), sembilan PPV terlibat memberi suntikan vaksin secara walk-in tanpa janji temu di Lembah Klang.


PPV tersebut adalah KL Convention Centre, HCO F, HCO G dan HCO H; Bangi Avenue Convention Centre; Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.


Khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan 'komorbid' (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada Covid-19 sekiranya dijangkiti), vaksinasi jumpa terus akan bermula hari ini hingga 4 Ogos.


Manakala semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang boleh mendapatkan vaksin secara walk-in bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos.


Untuk bukan warganegara, tarikh dibenarkan untuk jumpa terus bermula 9 Ogos dan hanya akan dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.


CITF berkata, antara dokumen yang diperlukan ialah bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain. - SINAR HARIAN

Comments


bottom of page