top of page

COVID-19: Satu kes varian Delta dikesan di Sibu libatkan PATI dari Indonesia

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 1 min read

ree

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu mendedahkan satu kes melibatkan varian Delta yang dikesan di bahagian itu adalah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia.


Penyelaras JPBB Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, kes tiba ke Sarawak pada 5 Julai lalu dan dirujuk ke Hospital Sibu pada 7 Julai selepas mempunyai simptom.


"Saringan awal menunjukkan kes dijangkiti varian Delta COVID-19 dan sample dihantar ke Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS pada 12 Julai untuk pengesanan serta pengesahan," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu. - ASTRO AWANI

Comments


bottom of page