top of page
  • Writer's pictureCInfo

Guru KAFA direman selepas didakwa mencederakan murid

Perintah reman tersebut dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Rabiatul Adawiyyah Che Khalid di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Photo by niu niu on Unsplash


KUALA TERENGGANU – Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) ditahan reman selama tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan dakwaan dia mencederakan anak muridnya hingga patah kaki pada minggu lalu.


Perintah reman tersebut dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Rabiatul Adawiyyah Che Khalid di Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, suspek yang berusia 35 tahun disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


Kosmo! Online semalam melaporkan seorang murid lelaki tahun tiga mendakwa kaki kanannya patah akibat dihempas oleh seorang guru KAFA di sebuah sekolah di Marang pada 6 Julai lalu.


Ibu mangsa berusia 36 tahun menyedari kecederaan dialami kaki kanan anaknya sewaktu mengambil kanak-kanak itu pulang dari kelas pada pukul 5 petang.


Mangsa berusia sembilan tahun kemudiannya telah dibawa ke klinik swasta berhampiran bagi pemeriksaan sebelum kaki kanannya disahkan patah.


Mangsa mendakwa ia disebabkan perbuatan guru KAFA terbabit telah menghempasnya ke atas kerusi kerana berang dengan perlakuannya di dalam kelas sebelum itu.


Laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat ibu bapa mangsa pada 8 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Sertai pasukan wartawan kami (urgent)! DM kami di @CentralInfoMY atau emel kami di malaysianewsroom@gmail.com untuk maklumat lanjut.


CPrime. Akan Hadir. 22 Julai Ini.

5 views0 comments
bottom of page