top of page

Jenazah Allahyarham Adibah Noor dijangka dikebumi pagi ini

  • Writer: CInfo
    CInfo
  • Jun 19, 2022
  • 1 min read

Jenazah Allahyarham dijadual dibawa ke Masjid Al-Ansar, Keramat, di Kuala Lumpur, berhampiran rumah keluarganya, jam 9 pagi ini.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal tanah air Adibah Noor Mohamed Omar, 51, yang meninggal dunia malam tadi dijadualkan untuk pengebumian pagi ini.


Jenazah Allahyarham dijadual dibawa ke Masjid Al-Ansar, Keramat, di Kuala Lumpur, berhampiran rumah keluarganya, jam 9 pagi ini.


Jenazah akan dikebumikan sekitar jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai.


Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.


Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.


Kemunculan awal Allahyarham di layar perak bermula pada tahun 2005 filem seperti "Sepet", "Gubra" dan "Mukhsin" karya sutradara Yasmin Ahmad, dan sejak itu beliau membuat kemunculan dalam puluhan drama televisyen dan filem tempatan.


Dalam dunia nyanyian, beliau sempat merakamkan dua buah album studio iaitu "Terlalu Istimewa" (2005) dan "Teman" (2010), selain turut merakamkan banyak single khas, termasuk duet bersama penyanyi lain.


Sepanjang hayatnya juga, Adibah dikenali sebagai individu yang senang mendekati pengikut dan peminatnya menerusi platform media sosial.


Allahyarham antara lain diingati sebagai figura umum yang suka mendidik berkaitan penguasaan bahasa Inggeris, selain berkongsi cerita seni persembahan dan kesedaran menjaga alam sekitar serta haiwan terutamanya kucing. - Astro Awani


Al-Fatihah.

Commentaires


Les commentaires sur ce post ne sont plus acceptés. Contactez le propriétaire pour plus d'informations.
bottom of page