top of page

Lawatan kerja empat hari ke AS satu kejayaan - PM Ismail Sabri

  • Writer: CInfo
    CInfo
  • May 14, 2022
  • 1 min read

"Amerika Syarikat penting kepada Malaysia daripada segi politik dan perdagangan,"

Sumber: FB Ismail Sabri


WASHINGTON DC, AS: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan lawatan kerja empat harinya ke Amerika Syarikat (AS) sebagai satu kejayaan.


Beliau berkata lawatannya itu mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-AS, dan juga ASEAN-AS.


"Amerika Syarikat penting kepada Malaysia daripada segi politik dan perdagangan," katanya kepada media Malaysia di sini pada hari terakhir lawatannya, yang bermula Selasa (Rabu di Malaysia).

AS adalah rakan dagang kedua terbesar, dan keempat terbesar dari segi pelaburan di Malaysia," tambahnya.

Beliau berkata mesyuarat beliau dengan pemimpin-pemimpin AS serta peneraju industri negara itu telah meningkatkan lagi hubungan berkenaan.

- BERNAMA melalui Astro Awani

Sertai team wartawan kami! Hubungi kami secara DM di media sosial @CentralInfoMY untuk maklumat lanjut! Join our team of journalists! Contact us by DM on social media @CentralInfoMY for more information!

Commenti


bottom of page