Pencemaran air: 463 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air
- Zaki Md Saad
- Jan 22, 2022
- 1 min read
Ia melibatkan 5 wilayah Air Selangor.

Sumber Gambar: Unsplash
SELANGOR - Orang Selangor dan Putrajaya mendatangi kedugaan apabila Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan henti tugas loji rawatan air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) berikutan pencemaran bau diesel yang telah dikesan di sungai berkenaan.
Menurutnya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitarnya.
Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima (5) wilayah air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat.
Ini ialah senarai kawasan yang terlibat:
KAWASAN YANG TERLIBAT (DARI TERBANYAK - TERSEDIKIT)
SEPANG
JUMLAH KAWASAN YANG TERLIBAT: 194 (TERBANYAK)





PETALING
JUMLAH KAWASAN YANG TERLIBAT: 172



HULU LANGAT
JUMLAH KAWASAN YANG TERLIBAT: 54


PUTRAJAYA
JUMLAH KAWASAN YANG TERLIBAT: 23

KUALA LANGAT
JUMLAH KAWASAN YANG TERLIBAT: 20 (TERSEDIKIT)

Comments