top of page

PICKids dilancarkan - sasar 70 peratus pada Febuari

  • Writer: CInfo
    CInfo
  • Feb 3, 2022
  • 2 min read

Khairy Jamaluddin berkata, sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Photo by CDC on Unsplash


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 70 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksin menjelang hujung Februari ini.


Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.


“Semalam saya kata harap separuh pada akhir bulan Februari, tapi pengerusi CITF-C lagi yakin, 70 peratus pada hujung bulan ini.

“Sasaran, bagi saya, kalau sekiranya lebih daripada separuh cohort ini 5 ke 11 tahun bagi bulan Februari, itu adalah sasaran lebih baik.

“Dari segi bekalan cukup, akan dihantar setiap minggu. Apa yang penting, kita nak bina keyakinan ibu bapa untuk mendaftar. Ini adalah satu usaha yang berterusan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pada Khamis.


Dalam pada itu, mengulas sela masa selama lapan minggu membabitkan vaksin kepada kanak-kanak, Khairy berkata tempoh itu telah dipersetujui pakar-pakar selepas mereka membuat kajian terperinci.


“Lapan minggu ini adalah syor yang ditetapkan kumpulan pakar kita. Walaupun ada negara yang sela masa adalah lagi singkat, tetapi kita telah kaji perkara ini.


“Kita juga mengambil kira keyakinan orang ramai serta ibu bapa dan usaha kurangkan kesan sampingan, maka kita buat tetapan untuk longer interval (sela masa lebih lama).

“Tapi longer interval ini juga akan beri kesan lebih baik. Kita dah buat kajian melalui kumpulan pakar, keberkesanannya pada tahap optimum,” ujarnya.

PICKids secara rasminya dilancarkan pada Khamis, 3 Februari 2022 di Hospital Tunku Azizah di sini dan disempurnakan Khairy dalam satu majlis di hospital tersebut, pagi tadi.


Menerusi PICKids, dianggarkan empat juta kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan layak menerima vaksin dan vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (Pfizer-BioNTech) akan digunakan.

Kami mahu ibu bapa serta anak anda di Malaysia untuk beri reaksi selepas mengambil vaksin COVID19, dan anda berpeluang masuk ke edisi CPrime seterusnya! Anda boleh hantarkan kepada kami di DM @CentralInfoMY

留言


bottom of page