top of page

PM Ismail Sabri mulakan lawatan ke Indonesia

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 1 min read

Ia bakal bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, besok di Istana Bogor.



Ismail Sabri, Perdana Menteri tiba di Indonesia pagi tadi, menandakan permulaan lawatan beliau di Indonesia sebagai PM.


Menurusi kenyataan Wisma Putra, beliau bakal berada di Indonesia sehingga Khamis ini. Beliau tiba di Jakarta dalam cuaca renyai, beriringi dengan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan, Dato Seri Hissamuddin Tun Hussein, dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk bertemu dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim.


Turut hadir juga, Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq dan Pengarah Kementerian Luar Indonesia untuk Protokol, Irvan Bukhari.


Perdana Menteri dan delegasi Malaysia akan menginap di sebuah hotel di Jakarta.


Ini adalah lawatan sulung Ismail Sabri ke negara jiran itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.


Antara atur cara lawatan Perdana Menteri termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan komuniti perniagaan Indonesia, Ketua-ketua Pengarang (Editor) media Indonesia dan diaspora Malaysia.


Perdana Menteri juga dijangka menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara dan melawat kemudahan industri pertahanan di Bandung.


Lawatan itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan kedua-dua negara.

Comments


bottom of page