top of page

Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai atas varian Delta

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 1 min read


Kuching, 14 Julai - Sarawak menarik balik kebenaran 'dine-in' di premis makan berikutan penularan varian Delta (VOC) Covid-19 di negeri ini. Menurut dari JPBM Sarawak,


"Justeru, buat sementara waktu 'dine-in' adalah tidak dibenarkan sehingga SOP terkini dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr David Perera, dalam laporannya kepada Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini memaklumkan 16 lagi varian Delta (B.1 617.2) telah dikesan di Kuching.


Ia menjadikan jumlah keseluruhan varian itu yang dikesan di Sarawak kini sebanyak 17.


Menurutnya, selain varian Delta, satu lagi kes baru dari varian Beta (B.1.351) juga dikesan di Kuching.


Comments


bottom of page