top of page
  • Writer's pictureCInfo

Shinzo Abe meninggal dunia selepas beberapa jam ditembak

Abe berkhidmat sebagai PM dari 2005 hingga 2006 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020, menjadikannya perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun.


TOKYO, JEPUN - Pihak media antarabangsa telah melaporkan bahawa bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe, meninggal dunia sekitar jam 4 atau 5 petang (Waktu Malaysia).


Abe berkhidmat sebagai PM dari 2005 hingga 2006 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020, menjadikannya perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun.


Tadi, Shinzo Abe, ditembak ketika berucap dalam satu majlis di Nara, Jepun.


CInfo merupakan pihak media pertama di Malaysia untuk melaporkan kematiannya melalui Twitter dan dalam Bahasa Melayu.


Abe berada di Nara sebagai sebahagian program kempen pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Ahad (10 Julai).


Maklumat lanjut menyusul nanti.

6 views0 comments
bottom of page