Tasik Cermin ditutup akibat seorang lelaki terjun
- Zaki Md Saad
- Jan 22, 2022
- 1 min read
Baru-baru ini, video berdurasi 15 saat menunjukkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan tular di aplikasi TikTok.

Sumber: Flickr
IPOH: Tasik Cermin ditutup sementara akibat seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu.
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi berkata kawasan itu akan ditutup sehingga kes siasatan itu sudah selesai dijalankan dan pembukaan semula itu bakal diumumkan kepada orang awam nanti.
"Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Identiti pelaku itu masih dalam siasatan dan bakal mengambil tindakan undang-undang yang disepatutnya.
Kawasan itu berada di bawah pengurusan Geopark Kinta, dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda dalam tasik itu.
Baru-baru ini, video berdurasi 15 saat menunjukkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan tular di aplikasi TikTok.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki itu kerana perbuatannya itu boleh menyebabkan kawasan rekreasi itu ditutup kepada pengunjung.
Sebelum ini, Tasik Cermin pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lalu atas faktor keselamatan.
Comments