top of page

Taufan Chanthu dijangka melanda Taiwan pada Ahad

  • Writer: Zaki Md Saad
    Zaki Md Saad
  • Jan 22, 2022
  • 1 min read

GAMBAR REKAAN SAHAJA


TAIPEI: Penduduk di Taiwan digesa bersiap sedia hadapi taufan kategori 5 yang dijangka akan membadai pulau itu.


Taufan Chanthu dijangka akan melanda Taiwan pada Ahad dengan kelajuan angin maksima 280km/j.


Ketika ini Taufan Chanthu berada di kedudukan 824km tenggara Taipei.


Menurut Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC), taufan berkenaan sedang bergerak menuju ke Taiwan dengan kelajuan 17km/j.


"Rakaman satelit menunjukkan diameter di pusat taufan berkenaan berukuran 28km.


"Taufan Chanthu dijangka akan tiba di Taiwan pada jam 9 pagi pada Ahad," katanya kepada Watchers News.


Selepas membadai Taiwan, taufan berkenaan dijangka akan menjadi lebih perlahan dengan kelajuan angin 100km/j. - ASTRO AWANI

Comentarios


bottom of page