top of page

Terjatuh dari jejantas sekolah, pelajar tingkatan dua patah pinggang

  • Writer: CInfo
    CInfo
  • May 30, 2022
  • 1 min read

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa melalui jejantas setinggi 10 meter selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin di sekolah.

Sosial Media melalui Berita RTM


CHUKAI - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini cedera parah selepas terjatuh dari jejantas sekolah tersebut pada pukul 7.30 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa melalui jejantas setinggi 10 meter selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin di sekolah.


Hanyan Ramlan berkata, jejantas tersebut digunakan pelajar berkenaan kerana ia menghubungkan dua blok akademik yang terletak di seberang jalan.


"Polis yang mendapat laporan terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

"Akibat kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan patah pinggang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan terperinci masih dilakukan dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.


Sosial Media melalui Berita RTM


Sumber Asal Berita: Berita RTM



コメント


bottom of page